Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725 yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi.
Oleh Rentaka Editorial Team Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725 yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi. Sesudah sidang media, para wakil media dijamu dengan hidangan makan tengah hari bersama PTU sebelum dibawa ke terminal peluru pengkalan udara Kuantan. Sebelum kami menaiki bas ke terminal peluru, para media diminta untuk menyerahkan segala peralatan yang mempunyai bateri termasuklah kamera, telefon bimbit, penggera kereta dan juga jam pintar. Ini adalah langkah keselamatan kerana bateri dan papan litar elektronik dapat menganggu alatan sensor peluru berpandu yang akan ditunjukan kepada para media. Malah anggota-anggota TUDM juga menggunakan alat komunikasi dari jenis yang berbeza apabila berada di dalam kawasan terminal peluru. Di situ kami telah ditunjukan persenjataan untuk pesawat - pesawat pejuang dari peluru meriam 30mm sehinggalah peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat. Malah kami juga ditunjukan demonstrasi memasang bom Mk. 82 dengan kit panduan laser.
0 Comments
Oleh Rentaka Editorial Team
Bangunan ACMI ialah destinasi seterusnya dan disini kami diberi penerangan sekali lagi oleh Lt. Kol. Sebastian William TUDM mengenai ACMI. Sistem ACMI amat membantu dalam menajamkan lagi kemahiran juruterbang pejuang dalam pertempuran udara. Ini adalah kerana setiap keputusan dan pergerakan yang dilakukan oleh juruterbang dan pesawatnya akan direkodkan dan ini membolehkan para pelatih dan juruterbang untuk mengenal pasti kesalahan- kesalahan taktikal yang telah dilakukan sewaktu penerbangan semasa taklimat di dalam kelas. Sistem ACMI membolehkan juruterbang untuk melihat secara menyeluruh pertempuran udara yang telah disertai dan mempelajari apakah impak terhadap langkah taktikal yang telah mereka ambil serta cara- cara untuk berjuang dengan lebih efektif. Oleh Rentaka Editorial Team
Kumpulan media kemudiannya dikumpulkan semula didalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kumpulan-kumpulan ini akan mengikuti lawatan yang telah ditetapkan tadi dan tetapi mengikuti turutan berbeza untuk mengelakan kesesakan. Tempat persinggahan pertama kumpulan A ialah melawat 320 Squadron Operation Center atau SOC02 iaitu sebuah squadron radar. Kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, yang turut mengetuai kumpulan kami sebelum taklimat penuh oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kolonel Ruzman TUDM, mengenai bidang kuasa, misi, visi dan fungsi squadron tersebut serta sejarah squadron dan radar-radar dibawah tanggung jawab TUDM. Kami berpeluang untuk menyaksikan pergerakan pesawat di ruang udara Malaysia secara langsung dan keadaan didalam bilik kawalan melalui tv yang disediakan serta proses-proses yang akan dilakukan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku seperti pencerobohan masuk oleh pesawat luar, atau pesawat yang lari dari rancangan penerbangan (flight plan) mereka serta prosedur yang akan dilakukan. Oleh Rentaka Editorial Team
Bas telah membawa kumpulan media ke Alert Hangar di mana pesawat-pesawat pemintas QRA (Quick Reaction Alert) ditempatkan di dalam keadaan siap siaga untuk pemintasan pesawat asing. Sebelum menaiki bas, setiap ahli media diberi penyumbat telinga atau “Ear-Plug”. Sebaik memasuki bilik operasi, kumpulan media telah diberi taklimat oleh Mejar Jeneral Dato Sri Hj Affendi Buang dan Lt. Kol Sebastian mengenai fungsi dan peranan Alert Hangar. Media kemudiannya telah ditunjukkan simulasi pemintasan pesawat asing oleh pesawat MIG29N, dari pada saat isyarat memintas dikeluarkan oleh NADOC (National Defence Operation Center) untuk operasi pemintasan (OPS CURIGA). Oleh Rentaka Editorial Team
Selesai acara perasmian dan bersarapan, pasukan media dibawa semula ke kawasan khemah media dan VIP untuk demonstrasi yang seterusnya. Demo yang kedua ini ialah demonstrasi penyusupan pasukan PASKAU G-FAC atau Ground Forward Air Control melalui udara. Pasukan yang terdiri daripada 8 anggota ini akan memasuki kawasan konflik untuk memusnahkan sasaran penting melalui pengeboman dari udara atau “Air Strike” menggunakan bom panduan laser atau LGB. Oleh: Rentaka Editorial Team
Sebaik sahaja demonstrasi oleh pasukan G-FAC usai, kumpulan media dibawa melihat pameran static oleh TUDM. Kumpulan media disini dapat melihat serta beramah mersa dengan pasukan dan krew-krew yang yang terlibat. Antara pameran-pameran statik yang sempat dilawati ialah pameran pesawat EC725, MIG-29N, Hawk 208 dan booth PASKAU. Tak begitu banyak masa yang dapat diluangkan disemua tempat kerana kesuntukan masa. Namun dalam masa yang singkat itu banyak soalan dapat ditanya kepada krew-krew yang mengendalikan pesawat di hadapan dan di belakang tabir serta anggota lain yang terlibat. Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 1: Perasmian dan Demonstrasi Force Down28/5/2014 Oleh Rentaka Editorial Team Pada 26 Mei 2014, Rentaka Editorial Team telah dijemput untuk menghadiri Hari Media Bersama MINDEF & TUDM di Pengkalan Udara Kuantan. Kumpulan Editorial dari Kuantan telah diberi peluang untuk hadir untuk membuat liputan hari tersebut. Kami tiba di Pengkalan Udara Kuantan pada 0740 pagi, Dari situ kami dibawa ke Markas Pergerakan Udara dan diberi sedikit taklimat oleh anggota Provos yang bertugas sambil menunggu rakan media dari Kuantan yang lain. Kami diberikan baju, topi, tuala kecil dan beg untuk digunakan sepanjang acara hari media. Lebih kurang pukul 8.15 pagi, pesawat CN-235 yang membawa Panglima Tentera Udara (PTU) serta tetamu-tetamu kehormat yang lain tiba. Kami diberitahu supaya bersedia untuk mengambil tempat kerana rakan-rakan media yang lain akan tiba sebentar lagi dengan pesawat lain dan demonstrasi force down akan dilakukan terhadap pesawat yang meraka naiki.
By: Bernama (www.bernama.com.my)
The Royal Malaysian Air Force (RMAF) has to expedite upgrading the national defence radar system as some of the radars are more than 15 years old. RMAF chief General Tan Sri Rodzali Daud said the matter had been discussed with the government. By: Gordon Arthur (http://www.asianmilitaryreview.com)
Malaysia’s proposed 2014 core defence budget has increased by six percent to $5.1 billion. However, just $868 million of this will go towards new equipment, despite current security threats. For example, China’s state news agency, Xinhua, reported in January 2014 that a three-ship People’s Liberation Army Navy (PLAN) task force had patrolled James Shoal, 43 nautical miles (80 kilometres) from Sarawak, one of two Malaysian states on Borneo. Xinhua reported sailors aboard the amphibious warfare ship and two destroyers that comprised the task force “swore an oath of determination to safeguard the country’s sovereignty and maritime interests”. China regards James Shoal in the South China Sea as its southernmost territory, a claim vigorously contested by Malaysia. In March 2013, Malaysia protested the incursion of four Chinese ships in the same location. Oleh: Bernama (www.bernama.com.my)
Dua pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual pulang ke Malaysia pada Selasa malam selepas pencarian udara bagi mencari pesawat Malaysia Airlines digantung berikutan pengumuman pencarian di kawasan dasar laut dijalankan secara intensif. Dua pesawat itu akan berlepas pada 9 malam manakala sebuah lagi pesawat TUDM C-130 buat sementara waktu ini kekal di sini sehingga dimaklumkan kelak, kata Ketua Skuadron ke-20 TUDM Mejar Muhammad Jafri Suboh ketika ditemui di pangkalan Pearce, Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Bullsbrook di sini. By: Wendell Minnick (www.defensenews.com)
Malaysia’s top armored vehicle and tank builder, DRB-HICOM Defence Technologies (DEFTECH), is expanding into military aviation. By: BERNAMA (www.bernama.com.my)
The Royal Malaysian Air Force (RMAF) has proposed that the government raised the capacity of the Maritime Patrol Aircraft (MPA) by equipping them with sophisticated technology for search and rescue (SAR) operations in future. By: Andrew Chuter (www.defensenews.com)
Saab has confirmed it has submitted proposals to the Malaysian government for the lease of Gripen fighters but said it wasn’t responding to a formal request for information. Penang Barisan Nasional (BN) Saturday proposed to the federal government to upgrade the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base here and not to relocate it to make way for commercial development project.
|
Archives
January 2016
Categories
All
Disclaimer:
All picture news and article are owned by the respective site and authors where the piece is instigated from. The owner of the news and article are acknowledged at each post and the piece is link back to their respective site. Pieces by Rentaka journalist and writer is copyrighted by Rentaka Advisory Enterprise and All Rights Reserve Copyright ©
Rentaka Advisory Enterprise. All Right Reserved |