Bangunan ACMI ialah destinasi seterusnya dan disini kami diberi penerangan sekali lagi oleh Lt. Kol. Sebastian William TUDM mengenai ACMI. Sistem ACMI amat membantu dalam menajamkan lagi kemahiran juruterbang pejuang dalam pertempuran udara. Ini adalah kerana setiap keputusan dan pergerakan yang dilakukan oleh juruterbang dan pesawatnya akan direkodkan dan ini membolehkan para pelatih dan juruterbang untuk mengenal pasti kesalahan- kesalahan taktikal yang telah dilakukan sewaktu penerbangan semasa taklimat di dalam kelas. Sistem ACMI membolehkan juruterbang untuk melihat secara menyeluruh pertempuran udara yang telah disertai dan mempelajari apakah impak terhadap langkah taktikal yang telah mereka ambil serta cara- cara untuk berjuang dengan lebih efektif.