1. Tanjung Gelang, 27 Nov – Hasil maklumbalas daripada Persatuan Nelayan Negeri Pahang semasa program interaksi bersama Markas Wilayah Laut 1, TLDM telah berjaya mematahkan satu kegiatan haram yang dipercayai untuk mencuri khazanah laut. Aktiviti penyelaman haram yang dipercayai laksanakan oleh nelayan asing di perairan sekitar 60 batu nautika dari Tg Gelang telah berjaya di patahkan oleh KD PERKASA yang dalam pelayaran pulang setelah tamat Eksesais MALINDO JAYA. KD PERKASA yang di bawah pemerintahan Lt Kdr Mohd Faizzal bin Mohd Ali TLDM telah menahan sebuah bot nelayan yang diubah suai menjadi bot untuk tujuan penyelaman di kawasan yang dilaporkan pada jam 6.45 pagi semalam.
2. Terdapat seramai 17 kru rakyat Vietnam berada di atas bot tersebut dan sebahagian daripada mereka sedang membuat penyelaman ke dasar laut, dipercayai untuk mengambil hasil tinggalan yang disyaki kapal perang yang telah tenggelam semasa Perang Dunia Kedua. Hasil pemeriksaan kapal, kesemua kru bot tersebut tiada mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah kecuali tekong bot.