Siaran Media dan gambar tangkapan 4 suspek disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas oleh PDRM15/1/2016
0 Comments
Laporan Oleh: Wanvadder dan Steno Tanggal 13 Januari 2016, Tim RENTAKA telah dijemput untuk menghadiri majlis penerimaan merangkap perasmian aset terbaru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu pesawat pengangkut termoden Airbus A400M Atlas yang diadakan di Pangkalan Udara TUDM Subang. Majlis yang bermula pada jam 1.45 petang itu dimulakan dengan penerbangan khas di mana Menteri Pertahanan, D.S Hishamuddin Hussein bersama para jemputan serta wakil- wakil media, dibawa menaiki penerbangan khas A400M untuk menunjukkan keupayaan pesawat tersebut. Sebelum berlepas, satu taklimat khas berkenaan aturcara majlis serta taklimat keselamatan semasa penerbangan telah diadakan di Pergerakan Udara, TUDM Subang. Tepat jam 2.15 petang, pesawat A400M bernombor siri M54-01 telahpun bersedia di tarmac dan Menteri Pertahanan serta para tetamu jemputan mula melangkah masuk ke dalam perut pesawat. Beliau kemudiannya diberikan penerangan tentang pesawat dan kemudiannya krew pesawat mula melakukan persiapan untuk berlepas. Sebaik sahaja juruterbang menerima kebenaran untuk berlepas, pesawat mula bergerak perlahan menuju ke landasan. Berbeza dengan ketika menaiki pesawat penumpang komersil, pesawat pengangkut tentera tidak dilengkapi dengan keupayaan kedap bunyi yang tinggi. Jadi keadaan menjadi sedikit bising dan sedikit beralun- alun sama seperti ketika menaiki tren LRT. Akan tetapi keadaan menjadi lancar sebaik sahaja pesawat bergerak laju di landasan untuk berlepas. Penerbangan A400M mengambil masa lebih kurang 35 minit dan terbang di sekitar ruang udara Pelabuhan Klang. Semasa penerbangan, D.S Hishamuddin Hussein telah melawat bahagian kokpit untuk melihat sendiri bagaimana krew mengendalikan pesawat. Jika dibandingkan dengan pesawat C-130H yang digunakan oleh TUDM sejak tahun 1970an, pesawat A400M bukan sahaja lebih besar dan lebih berkapasiti tinggi, ia juga dilengkapi dengan pelbagai sistem terkini seperti sistem pengendalian kargo berkomputer manakala kokpItnya pula menggunakan sistem glass cockpit sepenuhnya setanding dengan sistem glass cockpit yang digunakan oleh pesawat penumpang komersil keluaran firma Airbus yang lain. Tidak ketinggalan adalah sistem pertahanan pasif dan elektronik pesawat yang tiada pada pesawat C-130H. Disamping itu, terdapat inovasi- inovasi yang mungkin kelihatan kecil tetapi tidak kurang pentingnya seperti kamera di bahagian kargo yang membolehkan krew di kokpit untuk memantau keadaan dan seterusnya meningkatkan situational awareness krew di sepanjang penerbangan. Pesawat A400M yang membawa D.S Hishamuddin Hussein bersama para jemputan dan wakil- wakil media selamat mendarat di pangkalan udara Subang pada jam 3:40 petang dan dibawa terus ke hadapan hangar yang dibina khas untuk menempatkan pesawat A400M kendalian No.22 Skuadron TUDM. Pesawat yang bakal dirasmikan iaitu pesawat A400M bernombor siri M54-02 telahpun gah berada di dalam hangar, menantikan ketibaan Menteri Pertahanan dan para jemputan. Dalam ucapan perasmian beliau, D.S Hishamuddin Hussein mengumumkan bahawa dua lagi pesawat A400M dijangka akan tiba di tanah air pada bulan April dan November 2016.
Tim RENTAKA mengucapkan setinggi- tinggi perhargaan kepada pihak TUDM kerana menjemput kami ke upacara yang gilang-gemilang ini. Kami berharap agar TUDM terus akan dimantapkan lagi keupayaannya sejajar dengan fungsinya sebagai salah satu benteng pertahanan utama negara, insyaAllah. By: Chris Pocock (www.ainonline.com)
At the ILA Berlin Airshow three years ago, the head of the European Defence Agency (EDA) publicly bemoaned the fact that the continent’s prime aerospace companies were engaged in damaging and wasteful competition to export three rival fighters. That nothing has changed was quite evident at the recent Langkawi International Marine and Aerospace (LIMA) airshow and exhibition in Malaysia. Dassault, Eurofighter and Saab were again scrapping to secure an order–from a country that hasn’t even allocated funding for the purchase and could buy American or Russian warplanes if and when it does. By: Selex ES (www.selex-es.com)
This is the first time that the SAGE Electronic Support Measure (ESM) has been chosen for a fixed-wing maritime patrol requirement. It will be used by the Indonesian Air Force for maritime patrol missions. By: Bernama (www.bernama.com)
Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd today began construction of six Royal Malaysian Navy (RMN) warships costing RM9 billion under the Littoral Combat Ships (LCS) project. Defence Deputy Minister Datuk Abdul Rahim Bakri said the LCS project was one of the government's efforts to strengthen the country's maritime defence system, apart from boosting the economy, especially the shipbuilding industry. Oleh: Kompas (www.kompas.com)
Panglima TNI Jenderal Moeldoko mengatakan, rencana pembelian helikopter CH-48 atau lebih dikenal dengan nama Chinook baru terlaksana pada 2016. "Anggarannya bukan tahun ini, tahun 2016," ujar Moeldoko di Solo, Kamis (11/6/2015) malam. Oleh: Utusan (www.utusan.com.my)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih menilai tawaran syarikat penerbangan Sweden, SAAB berhubung pembelian 16 buah pesawat pejuang Gripen NG sebagai aset tambahan kepada unit pertahanan udara negara. Timbalan Presiden SAAB, Thomas Lindén berkata, perkembangan kerjasama masih di peringkat awal dan TUDM sedang menilai tawaran bersama-sama DRB-Hicom, selaku rakan kongsi tempatan. IMDEX 2015: CMN introduces new missile corvette positioned for littoral warfare operations26/5/2015 By: Ridzwan Rahmat (www.janes.com)
French shipyard Constructions Mécaniques de Normandie (CMN) has introduced a new 95 m missile corvette design to the Asia-Pacific market. A model of the corvette, known as the C Sword 90, was unveiled at the IMDEX 2015 exhibition in Singapore. The company is marketing it to navies that operate in littoral waters, especially in the Southeast Asian region. By: IHS (www.ihs.com
Indonesia will have the fastest growing defence budget in Asia Pacific over the next five years, according to new analysis released today by IHS Inc. (NYSE: IHS), the leading global source of critical information and insight. By: Bernama (www.bernama.com.my)
The Royal Malaysian Air Force (RMAF) will get five Pilatus PC-7 Mark II aircraft by end of next year to add to its fleet of training aircraft. Oleh: Jurnal Jakarta (www.jurnaljakarta.com)
Pemerintah Amerika Serikat (AS) dan Indonesia menginginkan peningkatan kerjasama di bidang pertahanan dikaitkan dengan ancaman nyata yang terus berkembang. Hal itu mencuat, saat Menteri Pertahanan RI Ryamizard Ryacudu melakukan pertemuan dengan Menhan Amerika Serikat Ashton Carter di Pentagon, Washington, DC, Selasa (12/5). By: Mindef Singapore (www.mindef.gov.sg)
The Republic of Singapore Navy (RSN) announced the names of the eight Littoral Mission Vessels (LMVs) today. The RSN's first LMV, RSS Independence, will be launched on 3 July 2015 at a ceremony officiated by Minister for Defence Dr Ng Eng Hen. By: Lockheed Martin (www.lockheedmartin.com)
The Romanian Air Force (RoAF) and Royal Thai Air Force (RTAF) recently selected Lockheed Martin’s (NYSE: LMT) Sniper Advanced Targeting Pod (ATP) for their F-16 fleets, becoming the 18th and 19th international customers to receive this advanced sensor capability. By: BERNAMA (www.bernama.com)
Defence Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein on Monday confirmed that Malaysia has temporarily halted the operations of its military Airbus A400M fleet following a crash involving the transport carrier during a test flight in Seville, Spain last Saturday. By: BERNAMA (www.bernama.com)
The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) received another Bay Class patrol vessel from the Australian government after the first which was delivered on Feb 27. |
Archives
January 2016
Categories
All
Disclaimer:
All picture news and article are owned by the respective site and authors where the piece is instigated from. The owner of the news and article are acknowledged at each post and the piece is link back to their respective site. Pieces by Rentaka journalist and writer is copyrighted by Rentaka Advisory Enterprise and All Rights Reserve Copyright ©
Rentaka Advisory Enterprise. All Right Reserved |