TUDM telah melaksanakan latihan Air Droppable Rigid Hull Inflatable Boat (ADRHIB) di Perairan Tanjung Gelang, Kuantan. Latihan ini merupakan salah satu siri latihan dalam Eksesais Cope Taufan/Teak Mint yang sedang berlangsung.
0 Comments
BY HARIS HUSSAIN AND PRAVIN MENON (www.nst.com.my)
THE Royal Malaysian Air Force (RMAF) base Butterworth is straining under the weight of personnel and materiel being flown in daily as part of the biggest combined military exercise in Southeast Asia. Dubbed Cope Taufan/Teak Mint 2014, the exercise is to test the capability of the RMAF and the United States Air Force to streamline their common procedures, enhance the interoperatability between the two fighting forces, step up bilateral training and cooperation and provide a realistic training environment. By: C. Cidarem
In the picture is the two unit cockpits of the Airbus A400M numbered MSN22 and MSN23. Previous report note that the MSN22 belongs to the Royal Malaysia Air Force or the RMAF which is undergoing final assembly in the Airbus facilities in Spain. Didalam gambar kelihatan dua unit kokpit Airbus A400M bernombor MSN22 dan MSN23. Ada laporan terdahulu mengatakan bahawa pendaftaran MSN22 ialah kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia atau TUDM yang sedang didalam pemasangan peringkat akhir di fasiliti Airbus dekat Sepanyol SIARAN MEDIA:TUDM DAN USAF ANJURKAN LATIHAN BERSAMA EKSESAIS COPE TAUFAN DAN TEAK MINT 20145/6/2014 KUALA LUMPUR -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) akan melaksanakan satu siri latihan Udara gabungan yang dinamakan Eksesais Cope Taufan dan Eksesais Teak Mint 2014 mulai 6 hingga 20 Jun 2014 yang akan melibatkan penggunaan Pangkalan Udara Butterworth, Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Kuantan.
Buat pertama kalinya juga, kedua-dua eksesais ini digabungkan bagi mengoptimumkan penggunaan aset serta elemen-elemen udara dari kedua-dua angkatan udara dengan mensasarkan objektif-objektif berikut:
Selain dari itu, eksesais ini adalah merupakan eksesais terbesar TUDM yang dilaksanakan pada tahun ini yang akan menyaksikan penglibatan penggunaan pelbagai aset dan elemen udara dari kedua-kedua angkatan udara seperti penggunaan pesawat-pesawat pejuang, pengangkut dan juga helikopter. Penglibatan pegawai dan anggota dari kedua-dua angkatan udara adalah seramai 1000 orang. Selain dari itu, penggunaan elemen udara yang lain turut digunakan bagi menguji kemampuan kedua-dua tentera Udara, elemen tersebut seperti Pasukan Khas Udara, Peperangan Elektronik, Mencari dan Menyelamat dan sebagainya. Selain dari itu, terdapat juga penggunaan elemen Tentera Darat dan juga Tentera laut Diraja Malaysia yang akan turut terlibat dalam latihan ini. Pada latihan udara kali ini, TUDM akan menghantar pesawat-pesawat pejuang antaranya, Sukhoi Su - 30 MKM, F/A 18D Hornet, Hawk, MiG-29N, helikopter EC 725 dan Nuri serta pesawat pengangkut C130H. Manakala USAF pula akan turut menghantar pesawat pejuang dan juga pengangkutnya seperti pesawat pejuang F22 Raptor dan F15 C/D serta pesawat pengangkut seperti pesawat C17 Globe Master. Bagi pesawat-pesawat dari USAF, Pesawat-pesawat Pengangkut dan juga pejuang akan mula tiba di Pangkalan Udara Butterworth dan juga di Pangkalan Udara Subang mulai 6 Jun 14. Sepanjang latihan ini berjalan, ianya akan melibatkan penggunaan ruang angkasa Malaysia serta kawasan Selat Melaka. Orang ramai akan dapat menyaksikan pesawat-pesawat dari kedua-dua negara akan terbang rendah dan juga peningkatan bunyi pesawat terutama di sekitar Pangkalan Udara Butterworth, Lembah Kelang, dan juga di kawasan pantai Timur semenanjung. Markas Tentera Udara ingin meminta orang ramai agar tidak merasa gusar sekiranya terdapat pergerakan anggota tentera dan juga pesawat udara di kawasan mereka, kerana ianya adalah merupakan latihan udara bersama diantara TUDM dan USAF yang sedang berjalan mulai 6 Jun hingga 20 Jun 14. By: WGBB(http://www.wggb.com)
WESTFIELD, Mass. (WGGB) — Barnes Air National Guard base has begun deploying crews to Malaysia for a three week multinational exercise called COPE TAUFAN. Senior Master Sgt. Robert Sabonis made the announcement Monday explaining that a number of F-15C/D aircraft along with over 100 members of the 104th Fighter Wing have been deploying to Malaysia since Saturday. Bersempena dengan Ulang tahun ke 56 Tentera Udara Diraja Malaysia, satu patch telah dikeluarkan dan terbuka untuk pembelian oleh orang ramai. Patch ini menggunakan rekabentuk logo HUT ke 56 TUDM seperti gambar diatas. Patch ini adalah disulam sepenuhnya dan berdiameter 90mm. Menurut sumber, patch ini dihasilkan dalam kuantiti terhad. Kepada pembaca RENTAKA yang berminat untuk memiliki patch ini bolehlah menghubungi RENTAKA melalui emel : [email protected]. Segeralah bertindak sebelum terlambat!!!
Oleh Rentaka Editorial Team Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725 yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi. Sesudah sidang media, para wakil media dijamu dengan hidangan makan tengah hari bersama PTU sebelum dibawa ke terminal peluru pengkalan udara Kuantan. Sebelum kami menaiki bas ke terminal peluru, para media diminta untuk menyerahkan segala peralatan yang mempunyai bateri termasuklah kamera, telefon bimbit, penggera kereta dan juga jam pintar. Ini adalah langkah keselamatan kerana bateri dan papan litar elektronik dapat menganggu alatan sensor peluru berpandu yang akan ditunjukan kepada para media. Malah anggota-anggota TUDM juga menggunakan alat komunikasi dari jenis yang berbeza apabila berada di dalam kawasan terminal peluru. Di situ kami telah ditunjukan persenjataan untuk pesawat - pesawat pejuang dari peluru meriam 30mm sehinggalah peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat. Malah kami juga ditunjukan demonstrasi memasang bom Mk. 82 dengan kit panduan laser.
Oleh Rentaka Editorial Team
Bangunan ACMI ialah destinasi seterusnya dan disini kami diberi penerangan sekali lagi oleh Lt. Kol. Sebastian William TUDM mengenai ACMI. Sistem ACMI amat membantu dalam menajamkan lagi kemahiran juruterbang pejuang dalam pertempuran udara. Ini adalah kerana setiap keputusan dan pergerakan yang dilakukan oleh juruterbang dan pesawatnya akan direkodkan dan ini membolehkan para pelatih dan juruterbang untuk mengenal pasti kesalahan- kesalahan taktikal yang telah dilakukan sewaktu penerbangan semasa taklimat di dalam kelas. Sistem ACMI membolehkan juruterbang untuk melihat secara menyeluruh pertempuran udara yang telah disertai dan mempelajari apakah impak terhadap langkah taktikal yang telah mereka ambil serta cara- cara untuk berjuang dengan lebih efektif. Oleh Rentaka Editorial Team
Kumpulan media kemudiannya dikumpulkan semula didalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kumpulan-kumpulan ini akan mengikuti lawatan yang telah ditetapkan tadi dan tetapi mengikuti turutan berbeza untuk mengelakan kesesakan. Tempat persinggahan pertama kumpulan A ialah melawat 320 Squadron Operation Center atau SOC02 iaitu sebuah squadron radar. Kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, yang turut mengetuai kumpulan kami sebelum taklimat penuh oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kolonel Ruzman TUDM, mengenai bidang kuasa, misi, visi dan fungsi squadron tersebut serta sejarah squadron dan radar-radar dibawah tanggung jawab TUDM. Kami berpeluang untuk menyaksikan pergerakan pesawat di ruang udara Malaysia secara langsung dan keadaan didalam bilik kawalan melalui tv yang disediakan serta proses-proses yang akan dilakukan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku seperti pencerobohan masuk oleh pesawat luar, atau pesawat yang lari dari rancangan penerbangan (flight plan) mereka serta prosedur yang akan dilakukan. Oleh Rentaka Editorial Team
Bas telah membawa kumpulan media ke Alert Hangar di mana pesawat-pesawat pemintas QRA (Quick Reaction Alert) ditempatkan di dalam keadaan siap siaga untuk pemintasan pesawat asing. Sebelum menaiki bas, setiap ahli media diberi penyumbat telinga atau “Ear-Plug”. Sebaik memasuki bilik operasi, kumpulan media telah diberi taklimat oleh Mejar Jeneral Dato Sri Hj Affendi Buang dan Lt. Kol Sebastian mengenai fungsi dan peranan Alert Hangar. Media kemudiannya telah ditunjukkan simulasi pemintasan pesawat asing oleh pesawat MIG29N, dari pada saat isyarat memintas dikeluarkan oleh NADOC (National Defence Operation Center) untuk operasi pemintasan (OPS CURIGA). Rentaka di Hari Media Bersama MINDEF dan TUDM – Part 1: Perasmian dan Demonstrasi Force Down28/5/2014 Oleh Rentaka Editorial Team Pada 26 Mei 2014, Rentaka Editorial Team telah dijemput untuk menghadiri Hari Media Bersama MINDEF & TUDM di Pengkalan Udara Kuantan. Kumpulan Editorial dari Kuantan telah diberi peluang untuk hadir untuk membuat liputan hari tersebut. Kami tiba di Pengkalan Udara Kuantan pada 0740 pagi, Dari situ kami dibawa ke Markas Pergerakan Udara dan diberi sedikit taklimat oleh anggota Provos yang bertugas sambil menunggu rakan media dari Kuantan yang lain. Kami diberikan baju, topi, tuala kecil dan beg untuk digunakan sepanjang acara hari media. Lebih kurang pukul 8.15 pagi, pesawat CN-235 yang membawa Panglima Tentera Udara (PTU) serta tetamu-tetamu kehormat yang lain tiba. Kami diberitahu supaya bersedia untuk mengambil tempat kerana rakan-rakan media yang lain akan tiba sebentar lagi dengan pesawat lain dan demonstrasi force down akan dilakukan terhadap pesawat yang meraka naiki.
By: Ong Hwee Hwee (www.nst.com.my)
1. Act of terrorism There was speculation that MH370 might have been attacked by terrorists after the Malaysian authorities said on Sunday they were investigating two passengers who were using stolen passports. But officials and experts was quick to point out that there was no proof of foul play so far and there could be other explanations for the use of false identity documents. The two passengers bought their tickets through China Southern Airlines, which was code-sharing the flight with Malaysia Airlines. They were using the documents of an Italian and an Austrian who apparently had their passports stolen in Thailand during the past two years, and had made police reports about the theft. By: Hariz Mohd (www.nst.com.my)
Search and rescue mission by air to find the missing MH370 was conducted relentlessly by air crews from multiple agencies based in Gong Kedak Air Force here last night. By: Reuters (www.reuters.com)
BAE Systems expects to submit a leasing proposal for the Eurofighter Typhoon jet to Malaysia next month, as its cash-strapped government mulls over renting, rather than buying fighter aircraft. By: The Star (www.thestar.com.my)
The fleet of Nuri helicopters and Hercules transport aircraft of the RMAF will undergo service-life extension and upgrade work as usual, says Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. He denied claims from a news report that the upgrade work of the country’s air defence fleet would be deferred as part of the Government’s austerity measures. |
Archives
January 2016
Categories
All
Disclaimer:
All picture news and article are owned by the respective site and authors where the piece is instigated from. The owner of the news and article are acknowledged at each post and the piece is link back to their respective site. Pieces by Rentaka journalist and writer is copyrighted by Rentaka Advisory Enterprise and All Rights Reserve Copyright ©
Rentaka Advisory Enterprise. All Right Reserved |