Kumpulan media kemudiannya dikumpulkan semula didalam kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kumpulan-kumpulan ini akan mengikuti lawatan yang telah ditetapkan tadi dan tetapi mengikuti turutan berbeza untuk mengelakan kesesakan. Tempat persinggahan pertama kumpulan A ialah melawat 320 Squadron Operation Center atau SOC02 iaitu sebuah squadron radar. Kami diberi sedikit penerangan oleh Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Mej. Jen. Dato Sri Hj Affendi Buang TUDM, yang turut mengetuai kumpulan kami sebelum taklimat penuh oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kolonel Ruzman TUDM, mengenai bidang kuasa, misi, visi dan fungsi squadron tersebut serta sejarah squadron dan radar-radar dibawah tanggung jawab TUDM. Kami berpeluang untuk menyaksikan pergerakan pesawat di ruang udara Malaysia secara langsung dan keadaan didalam bilik kawalan melalui tv yang disediakan serta proses-proses yang akan dilakukan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku seperti pencerobohan masuk oleh pesawat luar, atau pesawat yang lari dari rancangan penerbangan (flight plan) mereka serta prosedur yang akan dilakukan.
Sekolah kawalan trafik udara dan komunikasi
Pelajar akan dilatih untuk menghadapi semua keadaan sebenar di mana mereka akan dilatih untuk menghadapi sebarang masalah yang timbul dan cara terbaik untuk menangani masalah tersebut. Mesin simulator ini dapat memberikan sebarang scenario melalui yang telah ditetapkan sama ada keadaan hujan atau cerah, malah bersalji serta siang atau malam dengan apa-apa jenis pesawat yang telah diprogram terlebih dahulu. Bersambung ke bahagian ke 6... |