Selesai lawatan di bangunan simulator MiG, kami dibawa semula ke bangunan markas pergerakan udara. Di sana kami dibawa kepada satu sidang media bersama PTU. Di antara intisari sidang media bersama PTU ialah mengenai peranan kuasa udara nasional dan kepentingannya didalam peperangan dan pertahanan. Status pengoperasian MiG-29N selepas 2015, penggantian radar pertahanan udara Martello; penggantian pesawat Allouette yang sekarang ini merupakan pesawat tertua berkhidmat di dalam TUDM dan penerimaan helikopter ke 12 EC725 yang juga yang terakhir dalam masa beberapa hari lagi.