Kunjungan editorial RENTAKA pada LIMA 15 yang lalu dipenuhi dengan berbagai-bagai pertanyaan yang amat memerlukan jawapan. Namun diantara semua persoalan yang ada, hanya ada satu persoalan yang amat memerlukan jawapan iaitu siapakah pengganti MIG-29N Malaysia. Umum mengetahui bahawa pesawat MIG-29N buatan Rusia yang telah diguna pakai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia sejak awal 90an akan ditamatkan perkhidmatannya pada tahun ini. Namun sehingga kini tiada lagi calon pengganti diumumkan oleh kerajaan.
Pada edisi LIMA kali ini pihak RENTAKA telah mengambil peluang untuk merapati pengeluar calon-calon utama untuk MMRCA kali ini. Pihak Boeing masih dengan tawaran Advance Super Hornet Block II. Pihak Boeing masih yakin bahawa tawaran mereka adalah yang terbaik memandangkan dengan jaminan tiada penambahan atau kenaikan harga dari segi pakej yang ditawarkan. Dengan kebolehan menaik taraf dengan mudah, peralatan tambahan canggih seperti “Conformal Fuel Tanks” (CFT) dan Pod Senjata Tertutup boleh ditambah kepada pesawat dengan mudah tanpa memerlukan proses pemasangan yang rumit dan memakan masa. Namun pesawat AEW adalah didalam pakej yang berlainan
Ketika ditanya oleh wakil kami tentang kemungkinan Typhoon dipilih, wakil BAE hanya tersenyum dan berkata peluang kami masih cerah namun diikuti dengan senyap yang panjang, dan beliau berkata hanya jika satu pesawat keluaran negara Eropah yang lain tidak berjaya. Adakah ini menunjukan bahawa calon pengganti telah pun dipilih sehinggakan deligasi BAE berkata begitu? BAE juga menawarkan kepada kerajaan Malaysia untuk menyewa dan beli pesawat Typhoon di samping dengan berbagai-bagai lagi tawaran-tawaran serta offset-offset dari segi pendidikan mahupun ekonomi kepada kerajaan Malaysia sekaligus tidak hanya tertumpu kepada pembangunan kententeraan sahaja.
Apabila dimajukan soalan samada adakah pesawat AEW termasuk didalam perjanjian ini, respon dari pihak SAAB ialah tidak sama sekali kerana perjanjian ini hanya melibatkan pensewaan pesawat Gripen C/D sahaja. Pesawat AEW Erieye adalah didalam satu pakej yang berbeza sama sekali dimana 4 unit Erieye telah ditawarkan kepada kerajaan Malaysia dan ianya pakej pembelian dan bukan pakej sewaan seperti pesawat Gripen. Apabila ditanya adakah SAAB masih didalam perlumbaan MMRCA Malaysia, jawapan yang kami terima dari SAAB ialah, mereka masih lagi salah satu calon namun dari pemerhatian kami SAAB seperti lebih menumpukan kepada sewaan Gripen buat masa terdekat ini.
Selain dari pemanjangan jangka hayat penerbangan, pihak Airod juga menawarkan pembaharuan kepada sistem kokpit ergonomic dengan pemasangan paparan beresolusi tinggi, sistem avionik berserta radar kawalan tembakan yang lebih baik. Selain itu pemasangan tangki minyak dalaman secara konformal pada badan pesawat yang mampu nenambah sehingga 30% jarak operasi. Dengan proses penaikan taraf ini, pesawat MIG29NM akan mempunyai lebih banyak persamaan dengan pesawat Sukhoi Su-30 MKM.
Kesimpulannya, pemilihan calon untuk penggantian pesawat MIG-29N TUDM perlu dibuat didalam masa terdekat. Walau apa pun jenis pesawat yang dipilih oleh pihak TUDM dan Kerajaan namun perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan ialah apabila pesawat MIG-29N dipencenkan terdapat kekosongan didalam pertahanan udara. Kekosongan ini hanya akan dapat diisi apabila calon MMRCA yang telah dipilih telah dapat kelayakan terbang dan beroperasi sepenuhnya. Didalam edisi LIMA 2015, hanya SAAB yang benar menumpukan kepada tawaran sewaan pesawat Gripen C/D tanpa syarat mahupun ikatan yang lebih besar. Tawaran ini kami dianggap terbaik untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh pesawat MIG-29N TUDM apabila disaraakan kelak. Namun terdetik diisi hati kami bahawa pesawat MIG29N TUDM akan terus dipakai didalam jangka-masa sekurang-kurangnya 3 tahun lagi.