The State Department has made a determination approving a possible Foreign Military Sale to Malaysia for AIM-120C7 AMRAAM Missiles and associated equipment, parts and logistical support for an estimated cost of $21 million. The Defense Security Cooperation Agency delivered the required certification notifying Congress of this possible sale today.
By: Defense Security Cooperation Agency (www.dsca.mil)
The State Department has made a determination approving a possible Foreign Military Sale to Malaysia for AIM-120C7 AMRAAM Missiles and associated equipment, parts and logistical support for an estimated cost of $21 million. The Defense Security Cooperation Agency delivered the required certification notifying Congress of this possible sale today.
0 Comments
By: Defense Security Cooperation Agency (www.dsca.mil)
The State Department has made a determination approving a possible Foreign Military Sale to Indonesia for AIM-9X-2 Sidewinder Missiles and associated equipment, parts and logistical support for an estimated cost of $47 million. The Defense Security Cooperation Agency delivered the required certification notifying Congress of this possible sale today. Oleh Rentaka Kunjungan editorial RENTAKA pada LIMA 15 yang lalu dipenuhi dengan berbagai-bagai pertanyaan yang amat memerlukan jawapan. Namun diantara semua persoalan yang ada, hanya ada satu persoalan yang amat memerlukan jawapan iaitu siapakah pengganti MIG-29N Malaysia. Umum mengetahui bahawa pesawat MIG-29N buatan Rusia yang telah diguna pakai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia sejak awal 90an akan ditamatkan perkhidmatannya pada tahun ini. Namun sehingga kini tiada lagi calon pengganti diumumkan oleh kerajaan. Pada edisi LIMA kali ini pihak RENTAKA telah mengambil peluang untuk merapati pengeluar calon-calon utama untuk MMRCA kali ini. Pihak Boeing masih dengan tawaran Advance Super Hornet Block II. Pihak Boeing masih yakin bahawa tawaran mereka adalah yang terbaik memandangkan dengan jaminan tiada penambahan atau kenaikan harga dari segi pakej yang ditawarkan. Dengan kebolehan menaik taraf dengan mudah, peralatan tambahan canggih seperti “Conformal Fuel Tanks” (CFT) dan Pod Senjata Tertutup boleh ditambah kepada pesawat dengan mudah tanpa memerlukan proses pemasangan yang rumit dan memakan masa. Namun pesawat AEW adalah didalam pakej yang berlainan Dassault pula kali ini agak menampilkan keyakinan yang tinggi tentang keupayaan pesawat pejuang Rafale memandangkan ia telah terbukti efektif dalam semua misi tempurnya di segenap pelusuk dunia dan dalam pelbagai keadaan cuaca. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka disamping masih berkeras bahawa ia ialah calon yang terbaik untuk TUDM kerana Rafale ialah pesawat yang telah pun terbukti keupayaannya sewaktu didalam peperangan revolusi Libya dimana pesawat Rafale telah beraksi dengan cemerlang dengan berada dibarisan terhadapat didalam serangan-serangan udara terhadap pasukan tentera Muaamar Ghadafi. Apabila ditanya mengenai status Rafale didalam program India MMRCA, wakil Dassault berkata bahawa isu asal telah selesai, namun kedua-dua pihak kini menjadi amat berhati-hati dan kesemua isi perjanjian kini diteliti semua dan ia akan mengambil masa yang lama. BAE seperti biasa, sentiasa agresif didalam mengetengahkan pesawat Typhoon, bukan sahaja kepada kerajaan, malah kehadiran replica pesawat Typhoon yang berskala sebenar sudah menjadi begitu sinonim di Malaysia terutama kepada pengunjung-pengunjung pameran ketenteraan. Namun kali ini BAE mengambil langkah lebih proaktif dengan mengambil peluang mengadakan sesi pertemuan dan berkenalan dengan kesemua pihak wartawan yang hadir pada pameran LIMA 15. Diadakan di suatu tempat yang amat eksklusif, pihak BAE mengambil peluang mendekati para-para wartawan dimana dimajlis tersebut hampir kesemua deligasi BAE turun untuk besama-sama dengan para wartawan. Ketika ditanya oleh wakil kami tentang kemungkinan Typhoon dipilih, wakil BAE hanya tersenyum dan berkata peluang kami masih cerah namun diikuti dengan senyap yang panjang, dan beliau berkata hanya jika satu pesawat keluaran negara Eropah yang lain tidak berjaya. Adakah ini menunjukan bahawa calon pengganti telah pun dipilih sehinggakan deligasi BAE berkata begitu? BAE juga menawarkan kepada kerajaan Malaysia untuk menyewa dan beli pesawat Typhoon di samping dengan berbagai-bagai lagi tawaran-tawaran serta offset-offset dari segi pendidikan mahupun ekonomi kepada kerajaan Malaysia sekaligus tidak hanya tertumpu kepada pembangunan kententeraan sahaja. Di Saab, wakil kami dapat bercakap panjang dengan ketua delegasi dengan panjang lebar. Pihak SAAB amat ramah dan mesra dengan pihak RENTAKA terutama disewaktu sesi demonstrasi simulator. seperti lebih tertumpu dengan tawaran pakej sewaan pesawat Gripen C/D kepada kerajaan Malaysia sebagai pengganti untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh MIG29N sebelum kemasukan penggantinya. Apabila ditanya dengan lebih lanjut, pihak SAAB menawarkan sebanyak 16 unit pesawat Gripen C/D kepada TUDM, namun tentang jenis sewaan dan adakah akan bersama dengan opsyen beli seperti mana perjanjian sewa beli pesawat latihan MB 339, pihak SAAB hanya berkata yang ianya adalah bergantung kepada kerajaan. Apabila dimajukan soalan samada adakah pesawat AEW termasuk didalam perjanjian ini, respon dari pihak SAAB ialah tidak sama sekali kerana perjanjian ini hanya melibatkan pensewaan pesawat Gripen C/D sahaja. Pesawat AEW Erieye adalah didalam satu pakej yang berbeza sama sekali dimana 4 unit Erieye telah ditawarkan kepada kerajaan Malaysia dan ianya pakej pembelian dan bukan pakej sewaan seperti pesawat Gripen. Apabila ditanya adakah SAAB masih didalam perlumbaan MMRCA Malaysia, jawapan yang kami terima dari SAAB ialah, mereka masih lagi salah satu calon namun dari pemerhatian kami SAAB seperti lebih menumpukan kepada sewaan Gripen buat masa terdekat ini. Namun apa yang paling mencuri tumpuan ialah tawaran daripada Airod untuk menaik taraf pesawat MIG29N di LIMA 15. Pesawat MIG29N akan dinaik taraf oleh Airod Aerospace Technology Systems sendiri dibawah kebenaran RAC MIG dengan kerjasama bersama Sukhoi Technical Center Malaysia akan dapat memanjangkan hayat MIG29N sehingga 2,000 jam. Selain dari pemanjangan jangka hayat penerbangan, pihak Airod juga menawarkan pembaharuan kepada sistem kokpit ergonomic dengan pemasangan paparan beresolusi tinggi, sistem avionik berserta radar kawalan tembakan yang lebih baik. Selain itu pemasangan tangki minyak dalaman secara konformal pada badan pesawat yang mampu nenambah sehingga 30% jarak operasi. Dengan proses penaikan taraf ini, pesawat MIG29NM akan mempunyai lebih banyak persamaan dengan pesawat Sukhoi Su-30 MKM. Kesimpulannya, pemilihan calon untuk penggantian pesawat MIG-29N TUDM perlu dibuat didalam masa terdekat. Walau apa pun jenis pesawat yang dipilih oleh pihak TUDM dan Kerajaan namun perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan ialah apabila pesawat MIG-29N dipencenkan terdapat kekosongan didalam pertahanan udara. Kekosongan ini hanya akan dapat diisi apabila calon MMRCA yang telah dipilih telah dapat kelayakan terbang dan beroperasi sepenuhnya. Didalam edisi LIMA 2015, hanya SAAB yang benar menumpukan kepada tawaran sewaan pesawat Gripen C/D tanpa syarat mahupun ikatan yang lebih besar. Tawaran ini kami dianggap terbaik untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh pesawat MIG-29N TUDM apabila disaraakan kelak. Namun terdetik diisi hati kami bahawa pesawat MIG29N TUDM akan terus dipakai didalam jangka-masa sekurang-kurangnya 3 tahun lagi. |
Archives
January 2016
Categories
All
Disclaimer:
All picture news and article are owned by the respective site and authors where the piece is instigated from. The owner of the news and article are acknowledged at each post and the piece is link back to their respective site. Pieces by Rentaka journalist and writer is copyrighted by Rentaka Advisory Enterprise and All Rights Reserve Copyright ©
Rentaka Advisory Enterprise. All Right Reserved |