KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya melaksanakan latihan tembakan persenjataan Misil Udara ke Permukaan iaitu bagi misil jenis KH31A (Anti Kapal) dan juga misil jenis KH31P (Anti Radiasi) pada 20 Sep 14 yang lalu.
Latihan tembakan ini telah dilaksanakan di kawasan tembakan khas di sekitar Perairan Laut China Selatan dengan menggunakan pesawat Su-30MKM (Sukhoi) dari No 11 Skuadron.