Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih menilai tawaran syarikat penerbangan Sweden, SAAB berhubung pembelian 16 buah pesawat pejuang Gripen NG sebagai aset tambahan kepada unit pertahanan udara negara.
Timbalan Presiden SAAB, Thomas Lindén berkata, perkembangan kerjasama masih di peringkat awal dan TUDM sedang menilai tawaran bersama-sama DRB-Hicom, selaku rakan kongsi tempatan.