Dalam memperkasakan pemantauan pergerakan kapal laut di perairan Sabah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina tiga lagi sistem radar Remote Sensor Site (RSS), di Pulau Mangalum dan Kuala Penyu di Sabah serta Pulau Kuraman di Labuan menjelang Jun 2015.
Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim APMM, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata sistem radar itu termaktub dalam program Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) dengan APMM kini mempunyai tiga RSS di Sabah iaitu di Pulau Bambangan, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Gaya sejak dua tahun lalu.