Langkawi, 17 Jun – Op PATKOR MALINDO 124/14 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL). Op PATKOR MALINDO adalah operasi bersama rondaan di laut di antara kedua-dua buah negara. Op PATKOR MALINDO yang bertujuan meningkatkan kerjasama dan kemuafakatan antara TLDM dan TNI-AL dilaksanakan 4 kali setahun dan siri pada kali ini adalah siri kedua untuk tahun 2014 telah disertai oleh KD HANDALAN dan KD GANYANG mewakili TLDM manakala KRI ALAMANG dan KRI SIRIBUA mewakili TNI-AL.
Fasa pertama Op PATKOR MALINDO 124/14 telah bermula pada 10 Jun 14 dengan Upacara Pembukaan di Markas Wilayah Laut 3, Langkawi. Aktiviti di pelabuhan merangkumi kunjungan hormat, taklimat operasi serta sesi perbincangan bagi persediaan untuk melaksanakan Op PATKOR MALINDO oleh kedua-dua pihak. Antara perkara yang dibincangkan adalah pengkoordinasian kawasan rondaan Kapal-kapal TLDM dan TNI-AL.