Sham Huzaimi bin Nasarudin (Rentaka), Mohd Fadzreen bin Kamaruddin (Majalah ADJ) dan Dzirhan bin Mahadzir (Janes Defence Weekly) telah berjaya menjadi pemenang utama dalam peraduan mengarang artikel media dan bloggers yang dianjurkan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-56.
Turut hadir di majlis ini adalah peserta-peserta peraduan mengarang artikel yang telah menyumbangkan artikel mereka semasa peraduan tersebut. Mereka turut menerima sijil-sijil penghargaan dan cenderamata dari Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM.
Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM. (TUDM)