Putrajaya - Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Cooperative Biological Engagement Program (CBEP), Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menganjurkan Program TTX Blazing Tiger 2014: Bioincident Multisectoral Coordination Exercise. Program TTX ini diadakan khusus kepada Ketua Jabatan dan Kementerian berkaitan.
Antara objektif utama program latihan ini adalah mengukuhkan persediaan dan kesiapsiagaan Negara dalam biosekuriti sejajar dengan Konvesyen Senjata Biologi dan Toksin (BWC) tahun 1991 dan Resolusi Majlis Keselematan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCSR) 1540 dan menilai mekanisme, kapasiti dan keupayaan Negara dalam pengurusan insiden biologi dari segi pemantauan, pencegahan, tindakbalas dan pemulihan dalam menghadapi ancaman serangan biologi.
Program latihan ini dikendalikan oleh pemudahcara dan pakar-pakar daripada negara Amerika Syarikat dengan dibantu oleh pakar-pakar tempatan. Dijangkakan hasil daripada perbincangan sepanjang latihan ini akan dapat membantu negara memperkukuhkan Standard Operating Procedures (SOP) agensi/jabatan sedia ada dan seterusnya mempertingkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman serangan atau keganasan penggunaan agen biologi dan toksin merbahaya.
“PERTAHANAN NEGARA , TANGGUNGJAWAB BERSAMA”