Sebanyak enam buah pesawat F-22 dari Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) telah tiba di Pangkalan Udara Butterworth bagi mengikuti latihan udara gabungan yang dinamakan Eksesais Cope Taufan dan Eksesais Teak Mint 2014. Eksesais ini akan berlangsung mulai 6 hingga 20 Jun 14 yang akan melibatkan penggunaan Pangkalan Udara Butterworth, Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Kuantan.
Pada latihan kali ini, TUDM telah menghantar pesawat-pesawat pejuang antaranya Sukhoi Su-30 MKM, F/A 18D Hornet, Hawk, MiG-29N. Helikopter EC 725 dan Nuri serta pesawat C130H. Manakala USAF pula telah menghantar pesawat pejuang dan juga pengangkutnya iaitu pesawat pejuang F22 Raptor dan F15 C/D serta pesawat pengangkut, C17 Globe Master. (TUDM)