Sori lambat plak update siri ketiga nih. Sedar tak sedar dah tinggal 2 hari jer lagi sebelom pameran DSA 2014 nih. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita citer pasal perancangan lawatan.
Macam yang dah diciterkan sebelom nih, pameran DSA nih selalunya besar dan meliputi banyak ruang dan dewan pameran. Jadi untuk cover sehari agak sukar terutamanya kalo kita dok tertarik dengan banyak sistem atau pameran yang menarik (awek yang jaga booth pon manyak cun wooo...). Jadi secara realistiknya, lawatan mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga hari untuk cover sumer. Ada baiknya untuk download floorplan dengan list pempamer untuk pastikan takder booth yang kita tak cover dan untuk merancang laluan bagi lawatan yang lebey efisien. Bagi yang tak punya banyak masa, ada baiknya rancang untuk lawat pempamer yang paling penting, relevan dan menarik hati. Download list pempamer sebab kat situ ada nama pempamer bersama nombor booth. Ini akan memudahkan korang untuk cari booth tanpa perlu menghabiskan masa yang banyak untuk mencari.
Kalo bergerak dalam kumpulan, terpisah dengan ahli kumpulan yang lain tuh kira perkara biasa sebab setiap orang ada minat atau priority depa sendiri. Jadi jangan lupa untuk wat satu tempat bertemu dan masa bagi membolehkan kumpulan dapat berkumpul balik atau bila ada yang tersesat, terpisah dan sebagainya.
Interaksi dgn pempamer
Dalam korang melawat tuh, bila singgah jangan malu- malu untuk berinteraksi dengan pempamer. Sebabnya? Depa berada disitu untuk tayang produk depa. Dan jugak lepas sehari dua, depa pon naik boring gak duduk sesaja kat booth. Jadi kalo dapat bersembang tuh dapat juga menghilangkan keboringan depa tuh. Pempamer nih pon manusia gak jadi perangai ada memacam. Selalunya yang suka layan pelawat nih yang daripada syarikat kecik dan sederhana. Syarikat besar- besar nih biasalah, akan pilih sikit orang yang dia nak layan. Kengkadang kita tanya pon dia wat dunno jer. Tapi tak sumer camtuh, cuma segelintir jer. Yang terlebey excited melayan pon ada gak. Tapi kalau tak dilayan, jangan terasa hati. Kena ingat yang depa datang nak wat marketing dan networking. Jadi selalunya depa dah ada target dan objektif masing- masing.
Kadang- kadang bila kita berinteraksi dengan pempamer, depa akan kasik cenderahati tapi tak selalu. Ada gak yang letak cenderahati (selalunya yang kecik- kecik macam pen atau keychain) kat atas meja booth tuh. Rule of thumb dia simple jer. Kalo dia kasik, amik. Tapi jangan mintak. Kalo dia letak terang- terang atas meja, tanya dulu boleh amik ke tidak.
Mencuba peralatan yang dipamer
Dalam dewan pameran nanti ada banyak peralatan yang dipamer daripada senjatapi sampai la helikopter atau kereta perisai. Korang nih musti excited nak masuk tengok, amik gambar dan ada yang nak wat selfie kan? Ok. Rule of thumb dia ada dua. Yang pertama, kalo pintu atau ramp kenderaan tuh terbuka luas, bleh ler masuk amik gambar dan sebagainya. Yang kedua, kalo tak pasti, tanya staf pempamer yang jaga kat situ. Bagi senjatapi selalunya depa kasik jer try. Kalo depa tak kasik selalunya depa ada taruk notis kat situ mcm “please don’t touch”.
Satu peringatan. Seronok macam manapon dok amik gambar, sila perhatikan di belakang korang. Kengkadang kita tak perasan, terpotong line orang lain nak amik gambar. Jadi kalo ternampak ada orang dok tengah nak amik gambo dan kita terpotong line dia, sila kasik chance dia selesai dulu. Satu lagi, jangan ler conquer tempat atau kenderaan yang dipamer tuh lelama. Orang lain pon nak try merasa jugak. Banyak lagi barang yang dipamer yang perlu dilihat ye...
Makan dan minum
Last sekali adalah bab makan dan minum. Sayugia diingatkan bahawa DSA 2014 adalah pameran bertaraf antarabangsa. Jadi secara automatiknya setiap makanan dan minuman yang dijual kat situ mahal ya Rabbi. Jadi lebey baik bawak minuman dan makanan yang simple dalam beg galas. “simple” tuh bermakna air mineral dalam botol dan roti atau yang sewaktu dengannya. Jangan pulak korang bawak makanan macam nak berkelah kat dalam tuh. Simple- simple ajer sebab kita akan rasa dahaga dan lapar bila jenjalan kat dalam tuh. Oh ya, sila makan atau minum kat luar dewan pameran atau ditempat yang bersesuaian ye... jangan plak korang pi bentang surat kabar dan pakat- pakat makan dalam APC plak. Kang ngamuk pulak tuan punya APC tuh...
Ok. Setakat ini jer yang terlintas kat kepala hamba dan diharap leh dijadikan panduan korang masa melawat pameran DSA 2014 nanti. Panduan nih jauh dari lengkap tapi boleh la diamik terutamanya yang first time melawat tuh. Kepada sesapa yang nak bertanya atau nak tambah kepada panduan ini boleh ler tulis kat ruangan komen. Sekian... (RENTAKA)