Sebelom kita mara ke topik pendaftaran, meh kita teroka satu lagi topik yang tak kurang pentingnya iaitu camner nak gi PWTC. Bagi yang nak bawak kereta sendiri, kalo buleh elakkan ler. Sebabnya pertama, area Chow Kit dah memang jem giler. Pastu area PWTC bila masa DSA nih mmg giler jem lah dengan pelbagai kenderaan, bas dan lori. Keduanya adalah kekurangan tempat letak kereta terutamanya bila PWTC ada pameran antarabangsa macam DSA nih. Tambahan pulak The Mall tengah di-renovate, jadi tempat parking dia mungkin tak buleh digunakan. Satu lagi, buleh jamin ler tempat parking akan naik harga kaw- kaw punya. Jadi adalah lebih baik naik pengangkutan awam. Terbaik adalah LRT Ampang line sebab stesen dia dekat jer dengan PWTC.
Pendaftaran
Urusan pendaftaran nih senang jer. Memang prosesnya dibuat untuk menyenangkan dan melicinkan proses pendaftaran dan untuk elak jadi jem plak kat tempat pendaftaran. Ok, pendaftaran adalah berbeza bagi mereka yang dah buat pre- registration dan yang blom wat registration apa- apa pon. Bagi yang blom wat registration apa pon, menda pertama yang harus dilakukan adalah isi borang pendaftaran pelawat. Borang- borang nih ada terletak kat pos pendaftaran kat tiang- tiang atau meja- meja yang telah disediakan. Pen pon ada kat situ sekali. Pas isi borang, bawak borang dan beratur kat lorong yang berkenaan di tempat pendaftaran. Lorong- lorong di terbahagi kepada lorong utk VIP/ Media, anggota pasukan keselamatan dan trade visitors. Oh ya, lupa plak, untuk trade visitor, lazimnya kad bisnes diperlukan bersama borang pendaftaran. Bagi anggota keselamatan plak, kad pengenalan atau kad kuasa. Ok, bagi yang dah buat pre-registration melalui internet, ada baiknya print registration confirmation yang telah di e-melkan pastu sampai jer kat ruang pendaftaran, terus beratur di lorong yang berkenaan.
Ok. Selesai jer mendaftar, korang akan diberi tag nama yang tertulis nama, jawatan dan organisasi , bersama dengan lanyard. Pakai sentiasa tag nama tuh. Kang takot tak pasal- pasal dicap penceroboh plak kang, nayaaa...
Orait, pastuh nak masuk ke dewan pameran, kena lalu metal detector dulu. Sebelum lalu, kuarkan semua kunci, dompet, henpon, lighter, duit syiling dan sebagainya dan letak dalam bakul/ bekas plastik yang terletak ditepi metal detector. Pastuh baru ler masuk. Kalo berbunyi, polis yang jaga kat situ akan scan dengan portable metal detector. Ikut jer arahan polis tuh. Kalo dah ok, jangan lupa ambik balik segala menda milik korang yang taruk dalam bakul tadi. Kalo lufer, nasib ler heheheh...
Oh yaa... lupa plak, kat tepi metal detector tuh selalunya ada satu mesin x-ray untuk beg. Sumer beg- beg termasuk beg plastik kena di-scan dek mesin x-ray tuh. Satu tips. Sebelom korang nak lalu metal detector tuh, kalo bawak beg, masukkan kunci, dompet, henpon, lighter, duit syiling dan sebagainya dalam beg pastuh masukkan kat dalam mesin x-ray, pastuh lalu kat metal detector tuh. Takder ler korang terkial- kial kuarkan segala menda dalam poket masa kat depan metal detector tuh. Pastuh terkial- kial masukkan balik dalam poket. Kena banyak plak barang dalam poket, huihhh... bleh kureng macho jadinya...
Ok. Dah panjang sangat dah nie. Kita sambung ke siri 3 iaitu interaksi dengan pempamer dan part makan minum. (Rentaka)