Sedar tak sedar, 11 hari lagi DSA 2014 akan menjelang tiba. Macam- macam persiapan yang telah dibuat oleh pihak penganjur untuk pastikan pameran kali nih lebih menarik dan berjalan lancar. Dengan kehadiran 800 lebih syarikat sebagai pempamer, sudah pastinya pameran DSA kali nih antara yang terbesar di sepanjang sejarah penganjurannya.
Sudah pastinya ramai abang dan kakak anggota keselamatan yang nak datang tengok teknologi terkini dalam bidang pertahanan. Tak ketinggalan jugak kakak dan makcik kerani yang datang sebab nak mintak souvenir opsss... terlebey sudaaa...
Tidak ketinggalan jugak peminat- peminat bidang ketenteraan yang akan hadir. Dah boleh dengar dah ramai geng- geng nih dah mula berbincang kat mana nak berkumpul dan apa agenda atau kelengkapan yang nak tengok daripada dekat. Seperti yang semua sedia maklum, pameran DSA nih adalah pameran antarabangsa. Jadi ada peraturan yang harus diikuti bukan sahaja untuk memastikan lawatan kita berjalan dengan lancar, tapi jugak menjaga nama baik kumpulan masing- masing khasnya dan nama negara amnya.
Disini RENTAKA nak kasik sikit panduan dan apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa melawat pameran DSA nanti berdasarkan pengalaman yang lalu.
Persiapan nih sangat penting bukan saja daripada segi fizikal tapi jugak daripada segi mental. Mungkin ada brader2 yang tergelak. Ye lah, mau lawat pameran pon kena ada persiapan fizikal dan mental ka? Bunyik mcm pelik, tapi benar. Kena ingat dewan pameran berkemungkinan akan meliputi 3 dewan besar dan sehingga 4 tingkat kat PWTC. Besar giler tuh. Memang kalo nak cover sehari, tak sempat punya. Pastuh kita bergerak dalam dewan sehari tuh seumpama berjalan sejauh 3-4 kilometer. Jadi, lawatan sehari memang tak sempat nak tengok sumer. Kalo nak main touch n go pon, luferkan jer laaa...
Oleh itu, disarankan agar korang yang mana yang datang daripada luar KL, sewa la bilik hotel. Cari yang murah- murah, dah cukup. Tapi pastikan jarak hotel dengan PWTC tuh takder la jauh sangat. bukan apa, kalo penat atau boring- boring, bleh gi balik bilik hotel rileks- rileks. Tido sat ka. Gunakan sepenuhnya perkhidmatan booking hotel di internet. RENTAKA guna perkhidmatan Agoda www.agoda.com yang terbukti memang best. Kengkadang hotel yang cakap depa dah penuh pon, pakai Agoda, leh menyelit lagi. Agoda taww, bukan I goda. Kalo I goda tuh dah godaan lain dah tuh.
Yang kedua, apa yang nak dibawak masa melawat pameran. Pakaian kemas dan tidak menjolok mata. Bagi lelaki, seluar steng jangan pakai yeee... takder sapa yang teringin nak tengok bulu kaki hangpa yang lebat itewww... senang cakap “smart casual” ler. Kalo nak lagi hebat, pakai ler t-shirt yang ada lambang atau nama kumpulan/ geng hangpa. Baru ler ada nampak espirit de corps. Tapi jangan ler plak pakai macam geng2 motor macam kat US tuh. Pakai biar smart... kasut biarlah yang selesa sebab kita nak banyak berjalan. Jangan terkejut bila balik rumah, tengok- tengok kaki dah ada blisters sebab banyak sangat berjalan. Tim RENTAKA sumer pilih pakai snickers sebab mudah, ringan dan boleh bergerak pantas. Kalo ada yang nak bergaya pakai but 5.11 yang baru beli semalam tuh buleh, tapi but nih mungkin agak berat bila nak berjalan. Memula memang tak terasa sangat, tapi lepas melawat 2-3 dewan pameran, baru ler terasa.
Apa lagi ek? Aaaa... dah melawat tuh, musti nak rakam gambar kan? Sudah pastinya ada yang nak bawak kamera DSLR canggih manggih yang rega ribu- riban. Realitinya? Tak perlu. Kamera DSLR nih cuma untuk ambik gambar profesional. Kalo setakat nak ambik gambar kenangan, kamera henpon pon dah cukup. Ringan, dan mudah untuk dibawa. Satu lagi, masa DSA 2012, pelawat dilarang untuk bawak masuk DSLR. Kali nih, tatau. Tapi bayangkan heret DSLR berat2 konon nak tangkap gambar best, tengok- tengok tableh bawak masuk. Nak tinggal kat kereta kang takot kena curik plak. Haaa... silap- silap haribulan, balik sajaaa... katakan ler kamera henpon tak best, nak bawak kamera gak. Hangpa bleh bawak kamera digital biasa jer. Cuma pastikan kamera tuh bleh fokus dalam cahaya yang malap atau kurang terang. Kamera yang wajar dipilih adalah kamera yang ada lensa yang bleh fokus jauh dan laju tapi bersaiz kecik dan mudah nak dibawak. Kamera prosumer macam Canon Powershot SX700 HS dan Panasonic mcm Lumix DMC FZ-30 kira dah best giler. Nak lagi power? Try Lumix DMC FZ-200. Lensa zoom besar dan jauh, kualiti gambar bagus, leh amik video dan ringan. Aisehhh... dah macam product recommendation la plak...
Last sekali, bila nak masuk dewan pameran nanti kena melalui metal detector dan beg nanti kena imbas dek x-ray. Jadi kalo tak perlu bawak beg tuh, tak payah ler bawak. Menyusahkan jer. Kalo nak beg plastik untuk letak brochure atau souvenir, leh try mintak beg plastik daripada booth syarikat pempamer. Selalunya deme ada bagi pree. Beg plastiknya pon eksklusip wooo.. leh wat koleksi. Atas sebab yang sama, sila kurangkan bawak objek- objek bersifat metalik. Kalo buleh biar ler bawak kunci jer metalik. Duit siling pon kalo buleh jangan bawak.
Itu baru bab persiapan. Pasnih citer bab pendaftaran masuk plak. Bersambung ke siri dua...(Rentaka)