Pengalaman tempur telah menunjukan bahawa peluru berpandu anti kapal yang sedia ada telah terbukti masih berbisa di medan tempur. Pun begitu, kemunculan banyak kapal perang generasi baru yang menggunakan teknologi stealth serta pelbagai sistem umpanan dan sistem pertahanan elektronik yang ditawarkan di pasaran, keberkesanan peluru berpandu anti kapal sedia ada dijangka akan berkurangan. Kini telah muncul sebuah peluru berpandu anti kapal generasi baru yang dijangka akan mampu menembusi sistem pertahanan kapal perang iaitu Naval Strike Missile atau NSM.
Dalam pencarian sistem peluru berpandu anti kapal yang sesuaian untuk melengkapi kapal- kapal perang generasi baru mereka, Tentera Laut Diraja Norway telah mendapati sistem peluru berpandu anti kapal yang berada di pasaran tidak mampu untuk memenuhi keperluan mereka terutamanya untuk era selepas 2015. oleh itu, Tentera Laut Diraja Norway telah membuat keputusan untuk membangunkan sistem peluru berpandu anti kapal baru yang dilengkapi dengan teknologi terkini serta mampu memenuhi bukan sahaja keperluan mereka tetapi juga tentera laut di seluruh dunia. Pembangunan peluru berpandu anti kapal baru ini telah diberikan kepada firma Kongsberg Defense & Aerospace yang turut sama membangunkan peluru berpandu Penguin. Pada pertengahan dekad 90an, Tentera Laut Diraja Norway telah mengeluarkan keperluan untuk pengganti peluru berpandu anti kapal Penguin dan peluru berpandu anti kapal baru ini diberi nama Nytt Sjømålsmissil. Kongsberg Defense & Aerospace kemudiannya telah mengubah nama peluru berpandu anti kapal ini kepada Naval Strike Missile (NSM).
Sejak daripada konsep permulaan lagi, NSM direka agar bersifat sangat fleksibel dan mampu dilancarkan daripada pelbagai platform pelancar daripada kapal perang, pesawat pejuang hinggalah ke bateri pertahanan pantai terhadap sasaran di permukaan laut mahupun di darat. menggunakan konsep peluru berpandu anti kapal Penguin sebagai asas, NSM menggabungkan penderia elektro-optik dengan jangkauan operasi yang lebih jauh serta teknologi stealth yang menjadikannya sukar untuk dikesan.
Sekilas pandang, ciri yang paling menonjol pada peluru berpandu NSM adalah rekabentuknya yang agak berbeza jika dibandingkan dengan lain - lain peluru berpandu anti kapal yang berada di pasaran. Ini adalah kerana peluru berpandu ini direka dengan ciri- ciri halimunan yang menyukarkannya untuk dikesan oleh radar. Selain daripada rekabentuknya yang dioptimumkan untuk mengurangkan pembalikan pancaran radar, NSM juga menggunakan sepenuhnya bahan- bahan komposit dalam pembuatannya. Ini bukan sahaja menjadikannya lebih ringan tetapi kukuh, malah bahan komposit telah terbukti dapat menyerap serta mengurangkan pembalikan radar.
NSM dilancarkan menggunakan roket penggalak sebelum melentingkannya dan tugas untuk memacunya ke sasaran diambil alih oleh enjin turbojetnya. Enjin turbojet Microturbo TRI-40 ini menggunakan bahan api JP8 atau JP10 menghasilkan daya tujahan maksimum 2.5 hingga 3.3 kN yang memberi kemampuan untuk NSM menghentam mana- mana sasaran di permukaan laut mahupun di darat sehingga sejauh 185 kilometer pada kelajuan subsonik. Gabungan rekabentuk peluru berpandu dan nisbah daya tujahan yang tinggi berbanding berat mempertingkatkan lagi kelincahan NSM.
Diantara ciri- ciri canggih yang ada pada NSM adalah sistem navigasi serta penderianya. salah satu keperluan yang telah digariskan oleh Tentera Laut Diraja Norway adalah NSM haruslah mampu untuk beroperasi di kawasan laut lepas dan kawasan pesisir pantai. ini bermakna haruslah mampu untuk terbang rendah sambil mengelak atau melalui rintangan seperti pulau- pulau, bangunan dan membuat perubahan- perubahan drastik terhadap halatujunya untuk mengelirukan sistem pertahanan udara musuh. Oleh kerana itu, NSM dilengkapi dengan tiga penderia yang membantunya untuk bergerak ke sasaran dengan tepat iaitu sistem GPS, sistem navigasi inersia dan altimeter laser. ketiga- tiga penderia ini akan memberikan maklumat sebilang masa kepada peluru berpandu untuk memastikannya berada pada kedudukan dan laluan yang betul. Data- data yang diterima dalam masa sebenar daripada ketiga- tiga penderia tersebut diproses oleh komputer pemproses berkapasiti tinggi yang kemudiannya akan mengawal pergerakan peluru berpandu.
Sistem serangan NSM adalah terdiri daripada dua komponen utama iaitu penderia pengimejan infra merah dua band atau dual-band imaging infrared (IIR) dan pangkalan data sasaran. Penderia IIR ini dilengkapi dengan keupayaan yang dikenali sebagai Autonomous Target Recognition (ATR) Ini bermakna peluru berpandu ini mampu melihat dan memilih sasaran yang patut dihentam mengikut pilihan atau kriteria yang telah dimasukan ke dalam sistem logiknya sebelum dilancarkan. Bukan itu sahaja malah , NSM mampu mengenalpasti ciri- ciri bentuk muka bumi kawasan menggunakan penderia pengimejan infra merah dan membandingkannya dengan bentuk mukabumi di dalam pangkalan datanya bagi memastikan pelan penerbangan yang diikutinya adalah tepat.
Bagi memastikan sasaran yang dihentam akan mengalami kerosakan yang teruk, NSM dilengkapi dengan bahan letupan tinggi/ serpihan pelbagai-guna seberat 125 kilogram. Peluru berpandu ini juga telah diprogramkan untuk menghentam pada atau berdekatan dengan garisan air pada sisi kapal perang musuh.
Kelihatan sebuah pesawat rondaan maritim sedang terbang tinggi di angkasaraya. Meskipun kehadirannya mudah untuk dikesan oleh radar musuh, ia masih berada di dalam perairan yang selamat. pun begitu, di dalam perutnya, beberapa anak kapal sedang bertungkus-lumus untuk mengenalpasti kapal- kapal yang dikesan bagi membezakan diantara kapal dagang yang bersifat neutral dengan kapal musuh. Meskipun keadaan perairan adalah tegang, kapal- kapal dagang masih sibuk melalui laluan perdagangan yang sibuk ini. keadaan ini digunakan sebaik- baiknya oleh kapal perang musuh untuk bersembunyi di antara kapal- kapal dagang ini dan menyelinap masuk ke perairan negara. Dalam keadaan ini, sememangnya kelenbihan adalah berpihak kepada kapal perang musuh. jika dapat dikesan sekalipun, cubaan untuk menghapuskannya dengan menggunakan peluru berpandu anti kapal adalah amat merbahaya kerana kebarangkalian untuk peluru berpandu tersebut tersasar dan mengenai kapal dagang pihak yang neutral adalah tinggi. Begitu juga halnya jika menggunakan pilihan serangan udara.
Seperti helang yang sedang menghendap mangsanya, tiba- tiba pesawat rondaan maritim mengubah haluan. Apa yang menarik perhatiannya adalah bukan kapal yang dikesan, sebaliknya kapal yang tidak dikesan. Sekumpulan empat buah kapal sedang berkonvoi cuba untuk melalui perairan negara tetapi radar pesawat rondaan maritim hanya mengesan tiga buah kapal sahaja pada radarnya. Sedikit kehairanan tetapi tidak terkejut, juruterbang cuba terbang berdekatan dengan konvoi tersebut untuk melalukan pengecaman positif secara visual. Berkemungkinan kapal- kapal dagang tadi berlayar terlalu dekat hingga menyebabkan radar hanya dapat mengesan tiga buah kapal sahaja.
Namun begitu, sebaik sahaja mendekati konvoi kapal dagang tersebut, pesawat rondaan maritim disambut dengan gegaran daripada tembakan meriam anti pesawat. Mujur pesawat terbang tinggi dan berada sedikit diluar jangkauan meriam tersebut. Dengan menggunakan penderia pengimbas haba, pesawat dapat melihat dengan agak jelas susuk sebuah kapal korvet musuh yang cuba menyelinap masuk dengan berselindung berhampiran dengan konvoi kapal dagang. Faktor kedekatan, keadaan gelap malam dan ditambah pula dengan rekabentuk korvet dengan ciri- ciri halimunan, menyukarkan ianya untuk dikesan dengan mata kasar mahupun dengan menggunakan radar.
Menyedari cubaan untuk menyelinap masuk telah dikesan, kapal korvet musuh dengan pantas mengubah haluan dan memecut ke perairan antarabangsa. Kapten kapal korvet tersebut yakin, dengan kehadiran banyak kapal dagang neutral dengan gugusan pulau kecil, serangan terhadap kapal perangnya tidak akan dilakukan dan beliau akan dapat meloloskan diri, bersembunyi di sebalik salah satu gugusan pulau dan menanti masa serta peluang terbaik untuk mencuba lagi.
Sementara itu pesawat rondaan maritim masih mengesan kapal korvet musuh yang sedang memecut laju dengan menggunakan penderia pengimbas habanya. Serentak dengan itu, segala maklumat yang ada, dipancarkan ke kapal peronda melalui jaringan data. Sebuah kapal peronda yang berada di sektor tersebut memecut laju untuk cuba mengejar kapal korvet musuh tetapi gagal kerana kedudukannya yang terlalu jauh. Hanya tinggal satu pilihan sahaja iaitu melancarkan serangan peluru berpandu anti kapal.
Kapten kapal peronda memerintahkan dua buah peluru berpandu NSM diprogramkan dengan data dan lokasi terakhir sasaran mereka dikesan. Sebaik sahaja pemprograman tersebut selesai, dua buah peluru berpandu NSM tersebut segera dilancarkan. Butang pelancaran ditekan dan motor roket penggalak dihidupkan lantas menujah peluru berpandu seberat 400 kilogram ini keluar daripada kanister pelindung. Sebaik sahaja dilancarkan, sayap peluru berpandu yang terlipat akan terbuka dan motor roket pengalak digugurkan. Peluru berpandu kemudiannya dipacu oleh motor turbojet sehingga ke kelajuan subsonik. Serentak dengan itu, sistem logik NSM akan mengesan dan mula menerima data GPS, inersia dan laser altimeter untuk menentukan kedudukannya yang sebenar dan mula memilih haluan yang optimal perlu diikuti. Peluru berpandu kemudiannya akan terbang rendah berdekatan dengan pemukaan laut dalam mod "Sea Skimming" untuk mengelak daripada dikesan oleh radar musuh. Dalam pada itu, sistem logik mula membandingkan imej- imej bentuk mukabumi kawasan yang dilalui dimana diambil melalui penderia pengimbas infra merah peluru berpandu dan membandingkannya dengan imej yg tersimpan di dalam pangkalan datanya.
Sebaik sahaja sampai ke kawasan pulau, NSM tidak mengelak untuk terbang melalui kawasan tersebut. Sebaliknya sistem logik mengenalpasti perubahan bentuk mukabumi ini dan segera mengarahkan peluru berpandu untuk terbang tinggi sedikit, berpadanan dengan data GPS yang tersimpan di dalam pangkalan datanya dan mengelak daripada melanggar halangan- halangan seperti puncak bukit yang tinggi. Sebaik sahaja melepasi pulau kecil yang pertama, NSM kembali kepada mod Sea Skimming sebelum melepasi pulau kedua.
Berdasarkan hasil maklumat risikan yang diterima (berkemungkinan daripada tim pasukan khas mereka yang ditempatkan di salah satu pulau yang berdekatan), kapten kapal korvet musuh mengetahui bahawa terdapat sebuah peluru berpandu anti kapal sedang meluru pantas ke arah kapalnya. Beliau segera mengarahkan anak- anak kapalnya ke posisi tempur masing- masing. Radar segera dihidupkan untuk mengesan manakala sistem ESM kapal diaktiga telah mengarahkan dua buah kapal dagang untuk berlabuh berdekatan kapalnya. sebarang pesawat mahupun peluru berpandu yang datang bukan sahaja akan hanya mempunyai masa yang sangat singkat untuk menyerang, tetapi juga berkemungkinan besar akan menyerang sasaran yang salah.
Penderia pertama yang berjaya mengesan peluru berpandu tersebut adalah penderia elektro- optik kapal yang seterusnya mengunci kedudukan peluru berpandu. serentak itu semua aset sistem pertahanan udara kapal korvet musuh dihalakan ke arah ancaman terbaru tersebut. kapten kapal musuh agak kehairanan apabila stesen radar melaporkan bahawa ia tidak mengesan apa- apa sasaran, begitu juga dengan sistem ESM kapal. akan tetapi itu bukan lagi sesuatu yang penting kerana sasaran telahpun berjaya dikesan. namun begitu, sekali lagi beliau merasa pelik apabila pusat maklumat tempur atau combat information center (CIC) peluru berpandu musuh bergerak melepasi mereka. Merasa sedikit pelik tetapi lega. ini bermakna taktik yang diambil berjaya mengabui serangan musuh. Kapten kapal tersenyum lega sebelum dimaklumkan peluru berpandu musuh mula berpatah balik.
NSM mampu membuat pusingan pantas kerana menggunakan konsep bank to turn seperti pesawat biasa. Ini berbeza dengan peluru berpandu anti kapal biasa yang membuat pusingan menggunakan konsep yaw to turn. Sebaik sahaja ia memasuki di dalam jangkauan tembakan meriam musuh, NSM mula dihujani dengan tembakan. Oleh kerana saiznya yang kecil, ia bukanlah satu sasaran yang mudah untuk ditembak. serentak itu, NSM mula membuat pergerakan luar jangkaan dan tidak dapat diagak untuk mengelak daripada ditembak. Kapal korvet musuh mula melancarkan pengumpan chaff dan suaran untuk mengelak daripada dikesan. Malangnya sistem logik NSM mampu membezakan diantara kesan infra merah yang terhasil daripada pengumpan dan yang dihasilkan oleh kapal perang musuh.
Peluru berpandu musuh berjaya melepasi sistem pertahanan kapal dan menghentam sisi hadapan kapal. letupan daripada kepala peledak peluru berpandu seberat 125kg itu bukan sahaja merobek bahagian hadapan kapal sehingga terkopak, ia juga menyebabkan banjir besar di dalam kapal. Tim kawalan kerosakan kapal sibuk untuk menhadkan kebanjiran dan cuba untuk menyelamatkan kapal daripada tenggelam. sedang keadaan menjadi kelam-kabut, spotter melaporkan terdapat objek meluru laju ke arah kapal. Tidak lama selepas itu, peluru berpandu NSM kedua menghentam sisi belakang kapal dan menghasilkan letupan yang sangat besar.
JOINT STRIKE MISSILE
Biarpun NSM masih baru di pasaran, satu versi NSM telahpun dalam proses pembangunan. Dikenali sebagai Joint Strike Missile (JSM), versi ini menawarkan beberapa keupayaan dan peningkatan iaitu daripada segi keupayaan untuk menyerang sasaran di permukaan laut mahupun di daratan, jangkauan operasi sejauh 240 kilometer dan dilengkapi dengan keupayaan komunikasi dua hala supaya ia boleh berhubung dengan pusat kawalan mahupun peluru berpandu JSM yang lain. Walaubagaimanapun JSM setakat ini hanya boleh dilancarkan dari udara dan hanya boleh dibawa oleh pesawat F-35. Ia direka khas supaya dapat dimuatkan di dalam ruang dalaman persenjataan pesawat tersebut. Setiap pesawat F-35 boleh membawa sehingga dua buah peluru berpandu JSM di dalam ruang persenjataan dalamannya. Pun begitu, kerja- kerja pembangunan masih dijalankan bagi membolehkan peluru berpandu ini dibawa oleh helikopter, pesawat pejuang mahupun pesawat rondan maritim.
Data teknikal
Berat Panjang Bahan Letupan Mekanisma Peladak Enjin Jangkauan Operasi Altitut Kelajuan Sistem Navigasi Platform Pelancar | 410 kilogram 3.92 meter 125 kg letupan tinggi/serpihan Fius boleh program Motor roket penggalak dan Enjin Microturbo TRI-40 turbojet 185+km Sea Skimming Subsonic Inersia, GPS, pengenalan bentuk mukabumi, pengimejan infra merah dan pengkalan data sasaran Kapal perang, trak yang sesuai. |
Galeri
Reproduction in whole or in part is prohibited without written permission from
Rentaka Advisory Group Enterprise.