Pernah tak korang terfikir, "amender la Polis dengan TLDM nih. Bot kecik yang geng Abu Sayyaf guna pon takleh nak intercept. Beli bot juta- juta, nak yang laju giler". Persoalannya, korang dah pernah ke tengok bot yang digunakan oleh geng Abu Sayyaf? Haaa... gambar diatas adalah gambar salah satu bot Abu Sayyaf yang telah dirampas oleh tentera marin Filipina.
Bot nih kemungkinan besar dibuat daripada gentian kaca - kuat dan ringan. berkemungkinan besar jugak bot nih shallow draft- stabil, laju giler, boleh menyusuri perairan yang cetek (yang nih bagus untuk lari bila kena kejar dek kapal peronda) dan boleh didaratkan ke pantai dengan mudah- bagus untuk membuat serangan pantas dan mengejut.
Last sekali, guna banyak-banyak enjin nih ada sebabnya. katakan ler tengah kejar- mengejar tuh, takkan ler takder cubaan oleh pasukan keselamatan untuk tembak enjin bot tuh. Sooo... kalo dua enjin kena tembak sekalipun, yang tiga masih boleh memacu bot dengan lajunya.. Satu lagi, sekalipun dua enjin tadi kena tembak dan tak lagi berfungsi, dia jadi macam pelindung atau armor kepada tiga enjin yang terletak di tengah. Bijak bukan?.
Buat pengetahuan sumer pembaca RENTAKA, bot nih bukan ditawan oleh tentera marin Filipina hasil daripada pertempuran dengan geng Abu Sayyaf tetapi dijumpai oleh mereka hasil daripada maklumat orang awam. Kalo idak, mencecet ler depa nak kejarrr. (RENTAKA)