2. Dalam penembakan pagi tadi, TLDM telah melancarkan misil SEAWOLF dari Kapal Diraja (KD) LEKIU ke sasaran tunda udara TGX-2. Manakala misil EXOCET MM40 dari KD KASTURI dan misil SEASKUA dari helikopter TLDM Super Lynx dan misil KH-31A dari pesawat pejuang TUDM SU-30MKM dilancarkan ke sasaran permukaan. Kesemua misil yang dilancar pada jarak yang dirancang ini, telah tepat mengenai dan memusnahkan struktur sasaran yang dibina khas untuk tujuan penembakan.
4. Penembakan kali ini melakarkan sejarah, apabila buat julung kalinya pesawat pejuang TUDM, SU-30MKM melaksanakan penembakan misil sejak memasuki inventori ATM pada tahun 2007. TLDM dan TUDM turut melaksanakan perkongsian dalam pengoperasian penembakan dengan menggunakan struktur target permukaan yang sama untuk penembakan misil SEASKUA, KH-31A dan EXOCET MM40. Selain itu, siri latihan penembakan tahunan TLDM iaitu Operasi TAMING SARI 18/2014 juga turut digabung dan dilaksana sewaktu Eksesais ANGSA 9/2014.
5. Eksesais pada tahun ini melibatkan aset bantuan dari kedua-dua cabang perkhidmatan sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset TLDM yang terlibat ialah KD JEBAT, KD MAHAWANGSA, KD SELANGOR, KD KELANTAN, KD PAHANG, KD MAHAMIRU, KD LEDANG, Bot Tempur CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and Assesment Team (WTAT), Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Tim Teknikal Misil dari Depot Peluru dan Letupan TLDM serta helikopter Fennec dan Super Lynx. Sementara aset TUDM yang turut terlibat ialah pesawat SU-30MKM, EC752 dan B200T.
6. Kejayaan penembakan misil bersepadu ini telah sekali lagi membuktikan bahawa kesiagaan ATM khususnya TLDM dan TUDM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau ini.
7. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Operasi Udara TUDM Leftenan Jeneral Dato Seri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM hadir menyaksikan penembakan ini dari platform kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Laut China Selatan. Eksesais ANGSA 9/2014 dan penembakan misil ini dikelolakan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli selaku Pengarah Eksesais. Kejayaan Eksesais ANGSA 9/2014 membuktikan keupayaan saling khidmat (interperobality) antara elemen dalam ATM.
- TAMAT -